sponser by:

Sunday 5 June 2011

Renungan Buat Kaum Isteri


Renungan 1 :

" Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh rasa cinta dan kasih) maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka "
(Hadis riwayat Maisaroh Ali daripada Abu Said Al-Hudri)

Renungan 2 :

" Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya maka di persilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka "
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Renungan 3 :

" Tidak di halalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah SWT untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya padahal suaminya tidak senang "
(Hadis riwayat Hakim)

Renungan 4 :

" Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta,tidak berpuasa sunat walaupun sehari kecuali dengan izin suaminya.Jika dia tetap berbuat demikian maka dia berdosa dan tidak akan di terima puasanya.Dia tidak boleh memberi,maka pahalanya untuk suaminya dan dosa untuk dirinya sendiri.Dia tidak boleh keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya.Jika dia berbuat demikian maka Allah SWT akan melaknatnya dan para Malaikat memarahinya kembali dan bertaubat,sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim "
(Hadis riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

Renungan 5 :
" Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang di redhai oleh suaminya maka dia akan masuk Syurga "
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

4 comments:

  1. tak sabar pulak nak kawen . hehe gatal

    ReplyDelete
  2. :) nice entri....buatkan rasa bertuah wanita yang bergelar isteri :) selamat berkenalan farhana....dah follow awak :)

    ReplyDelete
  3. btol 2..sbnrnye darjat seorang isteri ni mmg tggi kan.
    selamat berkenalan..thanx..nk terjah ke blog awk lak.. :P

    ReplyDelete

Berkatilah Cinta Kami Ya Allah