sponser by:

Wednesday 25 May 2011

10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami Isteri

Assalamualaikum..
sy nk kongsi lg ilmu yg sy dpt dr bhn bacaan sy.n3 ni sgt la b'guna utk pasangan2 muda mcm sy ni.tp rsnya xkira la pasangan 2 tua @ muda yg pasti pertelingkahan antr suami isteri ni msti ada.hrp2 n3 ni blh la di jadikan sbg panduan utk smue rakan blogger..

10 Tips Berdamai Pertelingkahan Suami Isteri

  1. Jangan merajuk : Merajuk tidak akn menyelesaikan masalah dalam rumahtangga.Malah ia akan m'burukkan lg keadaan itu.Walaupun rajuk isteri itu boleh m'dorong suami mengalah tetapi cara ini tidakkan membawa pendamaian yang kekal.
  2. Jangan menghukun : Hukuman tidak m'dorong ke arah pendamaian.Malah menghukun lebih cepat membawa kepada kerosakan dalam rumahtangga.Tidak kira hukaman itu besar @ kecil ia tetap akan menyukarkan poses pendamaian itu.
  3. Jangan mencari salah : Mencari salah adalah sama seperti mencari kelemah & kekurangan pasangan.Kajian memdapati kaum isteri lebih cenderung menuduh suami apabila berlaku masalah dalam rumahtangga
  4. Jangan berdusta : Jangan berpuru2 m'jual mahal.Jauhkan diri dari berpuru2 sudah membenci pasangan,ia akan lebih menyukarkan proses pendamaian.
  5. Berhenti bahsa negatif : jauhkan dari menggunakan bahasa b'unsur tuduhan @ celaan contohnya: ini smua salah awak (tuduhan)..kalau abang baik & sayangkan isteri & anak2kita xkan selalu bergaduh(tuduhan)..abang memang tak berguna langsung(celaan)..awak tak sedar diri awak 2 siapa(celaan)
  6. Jangan ungkit kisah lama : b'usahalah utk tidak menungkit kisah lama pasangan yg boleh membuatkan pertelingkahan lebih b'larutan.
  7. Senyum selalu : Senyumlah walaupun hati kita t'luka kerana senyumanlah cara paling mujarab untuk meredakan kemarahan pasangan
  8. Mulakan berdamai : kalau kita mmg berniat untuk berdamai,mulalah proses pendamaian itu dulu sebelum pasangan kita.tidak salah kalau kita beralah demi kebaikan & keharmonian rumahtangga kita
  9. Kenal pasti punca masalah : cati punca utama konflik selalu tercetus.selagi kita tidak kenal pasti punca konflik selagi itulah konflik yg sama akan berulang lg.
  10. Kenal pasti perubahan : terangkan pada pasangan dengan bahasa yg tepat apakah perubahan yg kita mahukan.konflik sering t'jadi kerana tingkah laku yg tidak di setujui,maka cubalah untuk mengubah sikap itu untuk proses pendamaian.

No comments:

Post a Comment

Berkatilah Cinta Kami Ya Allah